Watak Kishiryu Sentai Ryusoulger

Ryusoulger

PelakonPerananRyusoulgerSenjataMecha
Hayate IchinoseKohRyusoul RedRyusoul Changer

Ryusoul Ken

Kishiryu Tyramigo
Keito TsunaMeltoRyusoul BlueRyusoul Changer

Ryusoul Ken

Kishiryu Triken
Ichika OsakiAsunaRyusoul PinkRyusoul Changer

Ryusoul Ken

Kishiryu Ankyloze
Yuito ObaraTowaRyusoul GreenRyusoul Changer

Ryusoul Ken

Kishiryu TigerLance
Tatsuya KishidaBambaRyusoul BlackRyusoul Changer

Ryusoul Ken

Kishiryu MilNeedle
Katsumi HyodoCanaloRyusoul GoldMosa Changer

Mosa Blade

Kishiryu MosaRex
Seiya OsadaNadaGaisoulgGaisoul Ken
Mitsuru FukikoshiNaohisa Tatsui / SetoRyusoul BrownBrown Gaisoul Ken

Ryusoulger merupakan keturunan dari Suku Ryusoul (リュウソウ族, Ryūsō-zoku, Ryusoul Tribe), suku bangsa kuno yang sudah ada sejak zaman dinosaurus dan telah terlibat dengan perang pada masa zaman dahulu. Suku Ryusoul membina kampung mereka di kawasan gunung terpencil di Aokigahara, di mana mereka mewariskan mantel Ryusoulger dari generasi ke generasi (dalam hal ini master kepada pengantinya) sambil menjaga kuil yang menyimpan Kishiryu, makhluk hidup yang diciptakan oleh Suku Ryusoul sebagai tindakan balas dari Suku Druidon dengan mengambil bentuk yang lebih kuat melalui Gabungan Ryusoul. Ketika Suku Druidon kembali ke bumi, para Ryusoulger yang ada pada saat itu dipaksa meninggalkan kampung mereka untuk menghadapi ancaman bahaya dari Druidon. Para Ryusoulger mempunyai alat Ryusoul Changer (リュウソウチェンジャー, Ryūsō Chenjā) untuk berubah ke dalam mod pertempuran, dan dilengkapi dengan Ryusoul Ken (リュウソウケン, Ryūsō Ken) yaitu pedang yang berfungsi sebagai senjata utama sekaligus media untuk mengakses kekuatan khas dari pelbagai jenis RyuSoul dan melakukan serangan terakhir Dino Slash (ディーノスラッシュ, Dīno Surasshu) dari RyuSoul utama masing-masing.[1]

  • Koh (コウ, Kō)[2]: Koh adalah seorang pemuda yang pada awalnya berusia sekitar 209 tahun di suku Ryusoul yang sangat bertenaga, mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, dan merupakan pengganti Master Red sebelumnya yang kemudian pada masa ini dapat bertukar menjadi Ryusoul Red (リュウソウレッド, Ryūsō Reddo) yang digelar Ksatria Berani (勇猛の騎士, Yūmō no Kishi, Brave Knight). Seseorang yang baik hati, berbakat, tetapi kadang-kadang bersifat keanak-anakan, Koh kadang-kadang membiarkan keperibadiannya membanjiri dirinya dan secara tidak sengaja menimbulkan masalah. Tetapi disebalik itu dia mempercayai sesuatu, dia tidak akan menyerah dan akan percaya dengan penuh keyakinan terhadapnya. Ketika Nada mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Koh dari Uden, jiwa Nada dan baju besi Gaisoulg bergabung untuk menghasilkan Max RyuSoul dan alat transformasi berbentuk cakar iaitu Max Ryusoul Changer (マックスリュウソウチェンジャー, Makkusu Ryūsō Chenjā), yang membuat Koh dapat berubah menjadi Max Ryusoul Red (マックスリュウソウレッド, Makkusu Ryūsō Reddo).
  • Melto (メルト, Meruto)[3]: Melto adalah kawan baik Koh sejak kecil lagi yang mempunyai sifat tenang dan senang mempelajari sesuatu perkara yang baru. Melto senang dikenali dari rambutnya yang berwarna biru terang serta merupakan pengganti dari Master Blue sebelumnya yang kemudian pada saat ini dapat betukar menjadi Ryusoul Blue (リュウソウブルー, Ryūsō Burū) yang digelar Ksatria Bijaksana (叡智の騎士, Eichi no Kishi, Wise Knight). Seorang ksatria yang hormat dan cergas, ia tahu segalanya mengenai Kishiryu dan Minosaurus. Namun, dia kadang-kadang terlalu objektif dalam pendekatannya dan merasa tidak peka terhadap perasaan orang lain,, seperti melihat Kishiryu sebagai "senjata" dan bukan sebagai kawan. Meskipun itu, hatinya ramah dan memiliki niat yang baik dalam membuat sesuatu tindakan.
  • Asuna (アスナ, Asuna)[4]: Asuna adalah kawan baik Koh sejak kecil lagi yang mempunyai kekuatan yang luar biasa bagi seorang wanita dari keluarga terhormat, dan juga satu-satunya ahli Ryusoulger yang merupakan seorang wanita, dan merupakan pengganti dari Master Pink sebelumnya yang kemudian pada saat ini dapat bertukar menjadi Ryusoul Pink (リュウソウピンク, Ryūsō Pinku) yang digelar Ksatria Kuat (剛健の騎士, Gōken no Kishi, Vigorous Knight). Walaupun mempunyai kekuatan yang luar biasa, sifatnya cuai dan sangat suka makan, walaupun begitu ia sering bernasib baik dan bertuah dalam beberapa keadaan. Di antara rakan-rakan Ryusoulger yang lain, Asuna adalah yang paling rapat dengan Ui, dalam hal ini kerana kedua-duanya telah kehilangan orang yang tersayang, dia juga merupakan ahli termuda Ryusoulger jika dilihat dari wajahnya.
  • Towa (トワ, Towa)[5]: Towa adalah adik kepada Bamba yang sifatnya yang penuh dengan keyakinan dan daya saing, yang kemudian pada saat ini dapat bertukar menjadi Ryusoul Green (リュウソウグリーン, Ryūsō Gurīn) yang digelar Ksatria Ribut (疾風の騎士, Shippū no Kishi, Gale Knight). Tidak seperti abangnya, Towa lebih terbuka dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja, tetapi dengan syarat orang itu dapat mengalahkannya dalam apa jua keadaan yang diminta olehnya. Berjuang dengan cepat menjadi kunci kepada dirinya, tetapi kadang-kadang kerana terlalu fokus pada kelajuannya, ia terlupa beberapa aspek penting dari keadaan yang dihadapi sehingga membuatkannya tidak dapat berfikir dengan bijak dan beberapa kali menjadi bumerang untuk dirinya dan rakan-rakannya.
  • Bamba (バンバ, Banba)[6]: Bamba adalah abang kepada Towa yang sifatnya yang cenderung dingin, tidak tahu, kadang-kadang kaku sehingga tidak mudah berkawan dengannya, yang pada saat ini dapat betukar menjadi Ryusoul Black (リュウソウブラック, Ryūsō Burakku) yang digelar Ksatria Agung (威風の騎士, Ifū no Kishi, Regal Knight). Mempunyai kemampuan untuk bertarung lebih baik daripada rakan-rakannya kerana pengalaman yang dimilikinya, pada awalnya dia memandang tiga orang Ryusoulgers awal (Koh, Melto, Asuna) sebagai amatur, terutama Koh yang membuatnya sedikit tidak selesa kerana sikap Koh tidak mudah berputus asa. Seiring berjalannya waktu, Lama kelamaan, Bamba mula membuka dirinya dan cuba mempercayai rakan-rakannya baik ketika bergaduh atau tidak. Sikapnya yang dingin dianggap berasal dari kegelapan masa lalu yang dihadapinya yang kemudian menjadi latar belakang kepada dirinya dan dia, Towa meninggalkan kampung Ryusoul Tribe terlebih dahulu.
  • Canalo (カナロ, Kanaro)[7] : Canalo merupakan keturunan dari Ryusoul Tribe Laut (海のリュウソウ族, Umi no Ryūsō-zoku), bahagian dari Ryusoul Tribe yang tidak mahu berurusan dengan Ryusoul Tribe utama dan berlindung di bawah laut semasa konflik yang berlaku dengan Druidon pada masa lalu. Oleh kerana penduduknya yang sangat kecil, Canalo pergi ke daratan untuk mencari seorang isteri untuk mengekalkan keturunannya dan akhirnya bergabung dengan Ryusoulger dari suku Ryusoul utama setelah dia menyedari bahawa mereka tidak seperti yang diberitahu oleh nenek moyang Suku Laut Ryusoul. Berbeza dari lima Ryusoulger awal, Canalo dapat bertukar menjadi Ryusoul Gold (リュウソウゴールド, Ryūsō Gōrudo) yang digelar Ksatria Yang Mulia (栄光の騎士, Eikō no Kishi, Glorious Knight) dengan menggunakan Mosa Changer (モサチェンジャー, Mosa Chenjā), pistol yang juga menjadi senjata menyokong ketika pertarungan. Senjata utama dirinya merupakan Mosa Blade (モサブレード, Mosa Burēdo) sebuah pisau belati dan sama dengan Ryusoul Ken yang dapat mengakses kuasa khas dari pelbagai RyuSoul dan melakukan serangan akhir Mosa Dino Slash (モザディノスラッシュ, Mosa Dino Surasshu) melalui RyuSoul utama. Mosa Changer dapat digabungkan dengan Mosa Blade untuk membentuk Mosa Breaker (モサブレイカー, Mosa Bureikā), yang boleh mengeluarkan serangan terakhir yang berbeza-beza mengikut RyuSoul yang digunakan oleh Canalo.